• Remaja Antara 7 Ditahan Polis Bintulu

    Published: Monday, 14 August 2017
    A- A+


    BINTULU: Dua remaja berusia 13 tahun antara tujuh ditahan polis Bintulu disyaki terlibat dalam dua kes curi berasingan di sini.

    Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zailanni Amit ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tersebut berkata, kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 28 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut.

    Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan melibatkan dua remaja lelaki berumur 13 tahun di Flat Taman Li Hua dekat sini pada 8.30 malam kelmarin manakala tangkapan kedua iaitu tangkapan ke atas lima lelaki berusia 20 hingga 28 tahun ditahan di Taman Beverly Hill, Bintulu kira-kira 2 petang semalam.

    “Pihak polis juga merampas sebuah motosikal curi jenis Modenas CT”. katanya.

    Jelasnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri.-Sarawakiana
  • No Comment to " Remaja Antara 7 Ditahan Polis Bintulu "