• Rabies: Program Vaksin Di 17 Kampung Di Serian Esok

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    KUCHING – Program memvaksin haiwan bagi mengekang penyebaran wabak Rabies atau anjing gila akan diteruskan di 17 kampung lagi di Bahagian Serian esok.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak berkata program Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu akan diadakan di Kampung Panchor Dayak, Kampung Panchor Cina, Kampung Semada Belatok, Kampung Semada Mawang, Kampung Semada Tengah, Kampung Semukoi A dan Kampung Semukoi Empegang.

    “Program pemvaksinan ini juga akan diadakan di Kampung Sungai Apeng, Kampung Slabi Entukuh, Kampung Sungai Buruh, Kampung Singai Turong, Kampung Stigang Semukoi, Kampung Tian Mawang dan Kampung Tian Sekawan.

    “Program yang sama turut diadakan di Kampung Tapang Maong, Kampung Muara Tangga dan Kampung Beruan,” kata sekretariat itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Program pemvaksinan haiwan itu ditangguhkan hari ini bagi memberi laluan program pemvaksinan anti-Rabies kepada petugas-petugas wabak itu.

    “Secara kumulatif, sebanyak 32,222 ekor haiwan kesayangan yang terdiri dari 24,580 ekor anjing, 7,597 ekor kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin,” kata sekretariat itu.

    Sehingga kini, enam kes jangkitan Rabies pada manusia dikesan di Sarawak dengan lima daripada mereka telah meninggal dunia. -BERNAMA
  • No Comment to " Rabies: Program Vaksin Di 17 Kampung Di Serian Esok "