• Qatar Bimbang Keselamatan Rakyatnya Di Arab Saudi

    Published: Saturday, 19 August 2017
    A- A+


    OSLO: Qatar melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Arab Saudi, susulan pembukaan semula sempadan negara yang membolehkan mereka mengerjakan ibadat haji di Makkah.

    Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani ketika lawatan ke Norway berkata, pihak berkuasa Arab Saudi masih belum menjawab pertanyaan daripada Kementerian Halal Qatar berhubung keselamatan rakyat Qatar ketika musim haji.

    "Tahap ketegangan antara kedua-dua negara, bahasa dan nada media Arab menyebar kebencian terhadap rakyat Qatar. Ia memberi kebimbangan yang besar kepada kami," katanya pada sidang akhbar.

    Katanya, keselamatan rakyat Qatar terbabit kini menjadi tanggungjawab pihak berkuasa Arab Saudi dan setakat ini, lebih 100 orang sudah merentas sempadan sejak ia dibuka semula.

    - Berita Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Qatar Bimbang Keselamatan Rakyatnya Di Arab Saudi "