• Putera Alwaleed Labur RM3.4 Bilion Di Mesir

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    KAHERAH: Hartawan Arab Saudi Putera Alwaleed Talal bakal melabur lebih AS$800 juta (RM3.4 bilion) di sebuah hotel di Mesir, kata kementerian pelaburan, hari ini.

    Pengumuman itu dibuat selepas parlimen menguatkuasakan undang-undang baharu untuk menarik pelabur luar ketika pihak berkuasa sedang berusaha menghidupkan semula ekonomi negara Afrika Utara itu.

    Kementerian dalam satu kenyataan berkata, Alwaleed memberitahu Menteri Pelaburan Mesir Shar Nasr di resort Red Sea Sharm el-Sheikh beliau bakal melabur di beberapa lokasi hotel.

    Kementerian berkata, pelaburan Arab Saudi termasuk resort Four Seasons di Sharm menjadikan ia resort terbesar di dunia di selatan Sinai.

    Hotel baharu turut dibina di bandar Mediterranean El-Alamein dan di Madinaty timur Kaherah. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Putera Alwaleed Labur RM3.4 Bilion Di Mesir "