• PRU14 Dijangka Tanpa Kelibat William Mawan

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    Kelibat Tan Sri William Mawan Ikom mungkin tidak kelihatan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Parti Progresif Demokratik (PDP) menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Saratok.

    Mawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menewaskan Ali Biju dari PKR dengan majoriti 2,081 undi.

    Memetik laporan Sarawakvoice.com, PDP kini mempunyai beberapa calon berpotensi untuk ditampilkan di Parlimen Saratok yang dipercayai dapat memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).

    Mengambil kira faktor tersebut, jika Mawan dicalonkan semula, besar kemungkinan undi yang dimenanginya menjunam teruk atau kalah.

    Faktor lain yang turut menyumbang kepada kemungkinan Mawan tidak dicalonkan semula disebabkan prinsip Barisan Nasional (BN) negeri tidak membenarkan seorang wakil rakyat mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sekali gus.

    Populariti Mawan juga kian pudar apabila sekadar menang dengan majoriti 426 undi ketika bertanding di DUN Pakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 Dijangka Tanpa Kelibat William Mawan "