• Projek TRX Terus Dapat Perhatian Pelabur

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Projek pembangunan ikonik Tun Razak Exchange (TRX), seluas 28 hektar di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, berjalan lancar dan terus mendapat keyakinan pelabur.

    Pemaju, TRX City Sdn Bhd kini dalam rundingan dengan pelbagai pelabur yang berminat untuk melabur di daerah kewangan antarabangsa itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmar Talib, berkata antara pelabur yang berminat termasuk beberapa syarikat perbankan dan kewangan terkemuka global.

    Beliau berkata, HSBC, kumpulan perbankan terkemuka global memilih TRX untuk menempatkan ibu pejabat bagi operasinya di Malaysia dengan pelaburan AS$250 juta (RM1.07 trilion).

    "Kami kini dalam peringkat rundingan lanjutan dengan pelbagai pelabur," katanya pada taklimat mengenai pembangunan TRX kepada duta beberapa negara di sini, hari ini.

    TRX City, sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan ia kini adalah entiti sendiri.

    TRX dibangunkan secara berperingkat dengan fasa pertama dijangka siap pada 2018/2019.

    Subjects:

  • No Comment to " Projek TRX Terus Dapat Perhatian Pelabur "