• PR1MA Agenda Utama Kerajaan Imbangi Nisbah Penduduk

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    Kerajaan memberi jaminan untuk terus memberi sokongan kepada Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perumahan adalah agenda utama kerajaan kepada rakyat dan selari dengan agenda lain seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

    Katanya, dari soal liquidity iaitu kemampuan kewangan PR1MA, kerajaan telah meluluskan RM3.9 bilion, namun PR1MA masih memerlukan suntikan tambahan.

    “Menerusi PR1MA, rumah dijual secara adil dan imbangi nisbah penduduk dalam negara supaya agihannya adil dan saksama untuk semua kaum.

    “Saya beri jaminan kerajaan akan tetap memberi sokongan kepada PR1MA supaya mempunyai kewangan mencukupi untuk melaksanakan projeknya,” katanya ketika berucap dalam program Rakan Bumiputera PR1MA 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, pada Rabu.

    Menurut Perdana Menteri, matlamat PR1MA bukan sahaja bagi menyediakan rumah berkualiti pada harga mampu milik tetapi juga mengukuhkan ekosistem ekonomi masyarakat bumiputera.

    “PR1MA ni bukan semata-mata buat rumah, tapi nak wujudkan satu ekosistem, satu komuniti. Sbb itu tagline kita, rumahku dan komunitiku.

    “Ini juga memberi peluang pemaju, syarikat, perunding dan kontraktor bumiputra mendapatkan pengalaman untuk maju dalam sektor perumahan,” jelas Najib.

    Sementara itu, Najib berkata, PR1MA sudah mengagihkan kontrak bernilai RM15 bilion untuk firma dan profesional Bumiputera bagi pelbagai jenis kerja pembinaan, perundingan dan perkhidmatan sokongan.

    “Ini jumlah yang besar, tanda komitmen bagi meneruskan projek. Nilai kontrak diagihkan juga dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya.- BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " PR1MA Agenda Utama Kerajaan Imbangi Nisbah Penduduk "