• Populariti Politik Bukan Jaminan Untuk Negara Berkembang Maju

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    Melihat politik Malaysia pada masa kini, begitu banyak persepsi yang negatif demi untuk mencapai sebuah populariti meraih undi. Akibatnya, serangan peribadi sudah menjadi bahan mainan politik yang hakikatnya meninggalkan kesan buruk kepada pembaca.

    Norma kesusilaan timur semakin terhakis dimana ideologi peradaban bangsa Malaysia semakin bertambah buruk dengan agenda berunsur hasutan dan fitnah semakin diterima penyokong-penyokong politik.

    Memang terbukti ada benarnya kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi kerajaan, politik popular bukan sesuatu yang menjadi kepentingan bagi kerajaan Barisan Nasional kerana langkah yang lebih tepat adalah politik mensejahterakan rakyat.

    Oleh yang demikian, dasar pembangunan yang komprehensif dilaksanakan agar setiap rakyat menikmati pembangunan yang pelbagai daripada kerajaan. Pada masa sama pembangunan ekonomi mapan mampu menjana peningkatan ekonomi yang hasilnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

    Dengan keadaan semasa, di Malaysia para pengundi lebih memilih politik yang menjunjung kehendak rakyat yang mengharapkan negara akan tercapai sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Politik popular hanya sebuah cerita yang menarik sekadar untuk dibaca dan bukan menjadi kepercayaan sebagai pemerintah.

    Subjects:

  • No Comment to " Populariti Politik Bukan Jaminan Untuk Negara Berkembang Maju "