• Polis Sarawak Tahan 6 Anggota Disyaki Lakukan Pemerasan

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak dalam satu operasi khas yang dijalankan malam dan awal pagi tadi menahan enam anggotanya yang disyaki terlibat lakukan pemerasan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, mereka terdiri daripada seorang pegawai kanan berpangkat Inspektor bertugas di Cawangan Perlesenan Jabatan Pengurusan IPK Sarawak dan selebihnya merupakan anggota pangkat rendah bertugas di beberapa unit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

    "Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 53 tahun ditahan dirumah dan tempat kerja masing-masing di sekitar Kuching, Padawan dan Lundu dalam satu operasi khas yang diketuai oleh DSP Sarifuddin Mustaffa sekitar jam 10 malam hingga 3 pagi tadi.

    "Penahanan adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh dua individu di Batu Kawa Dan Sematan mendakwa mereka melakukan pemerasan." katanya dalam satu kenyataan media disini hari ini.

    Tambah beliau kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah Kuching pagi ini bagi mendapatkan tempoh tahanan reman.-Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Sarawak Tahan 6 Anggota Disyaki Lakukan Pemerasan "