• PM Umum 4 September Cuti Umum

    Published: Thursday, 31 August 2017
    A- A+

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 4 September (Isnin) sebagai cuti umum sempena kejayaan atlet dan penganjuran Sukan SEA KL 2017.

    "Sebagai menghargai pengorbanan para atlet dan semua pihak yang terlibat dalam menaikkan imej serta menyemarakkan kecemerlangan negara dan sokongan tidak terhingga daripada seluruh rakyat Malaysia, kerajaan memutuskan cuti umum pada 4 September diseluruh negara," katanya.

    Dengan pengumuman tersebut, cuti umum ditambah sehari selepas Khamis dan Jumaat (31 Ogos dan 1 September) masing-masing cuti umum untuk Hari Kemerdekaan serta Hari Raya Aidiladha.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PM Umum 4 September Cuti Umum "