• PM Jepun Kecam Bedilan Peluru Berpandu Korea Utara

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, menyifatkan pelancaran peluru berpandu Korea Utara yang melepasi wilayahnya sebagai ancaman yang tidak pernah berlaku dan amat serius.

    Beliau turut menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung perkara itu.

    Abe berjanji meningkatkan tekanan ke atas Pyongyang ketika ketegangan memuncak berhubung program pembangunan senjata rejim itu.

    "Tindakan jahat mereka membedil peluru berpandu ke arah negara kami adalah ancaman tidak pernah berlaku dan amat bahaya dan menjejaskan keamanan dan keselamatan rantau ini.

    "Kami akan mengemukakan bantahan kepada Korea Utara," katanya kepada wartawan di Tokyo, hari ini.

    Menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, beliau berkata Jepun mendesak keras supaya tekanan ditingkatkan ke atas Korea Utara dengan kerjasama masyarakat antarabangsa.

    Ketua Turus Staf Korea Selatan, berkata dalam kenyataan bahawa bedilan peluru berpandu hari ini dilancarkan pada jam 5.57 pagi waktu tempatan, dari Sunan berhampiran Pyongyang. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " PM Jepun Kecam Bedilan Peluru Berpandu Korea Utara "