• PKR Sarawak Tubuh Jawatankuasa Bincang Manifesto PRU14

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    KUCHING: Satu jawatankuasa khas bagi membincangkan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bakal diumumkan sebaik ia dimuktamadkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian.

    “Jangan terlalu awal menilai kami (PKR). Jangan mengatakan kami sama seperti BN. Tidak.

    “Anda tidak memberi kami peluang untuk memerintah dan manifesto kami adalah janji-janji kami untuk rakyat,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin berkata penglibatan wanita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen perlu dipertingkatkan serta dipandang serius di peringkat negeri.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, ketika ini hanya Selangor telah mencapai peratusan 30 peratus perwakilan wanita sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

    “Sudah tiba masanya di peringkat negeri termasuk Sarawak memperkenalkan dasar kerusi (Parlimen atau DUN) untuk wanita, maknanya wakil (rakyat) bukan berperlembagaan dipilih oleh parti menjadi wakil rakyat.

    “(Di peringkat) negeri perlu melihat perkara ini lebih serius kerana kerajaan pusat telah gagal melakukannya, meletakkan lebih ramai wanita di peringkat Parlimen dan ADUN...Selangor sudah mencapai 30 peratus,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur semalam setelah mengadakan lawatan kerja ke negeri ini sejak Sabtu lalu. – Sarawakiana

  • No Comment to " PKR Sarawak Tubuh Jawatankuasa Bincang Manifesto PRU14 "