• PKR Mungkin Turunkan Kembali Calon Pernah Kalah

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal mempertaruhkan sekali lagi Roland Engan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Roland sebelum ini kalah ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas di Telang Usan kepada Dennis Ngau dengan majoriti 167 undi.

    Sebelum itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Roland turut tewas kepada Anyi Ngau dengan majoriti 194 undi di Parlimen Baram.

    Memetik laporan Utusan Borneo, PKR Baram memberi sokongan penuh terhadap Roland bertanding semula pada PRU14.

    Setiausaha PKR Baram, Dennis Along berkata, mereka menaruh keyakinan Roland mampu meneruskan misi dan visi membangunkan semula komuniti Baram.

    "PKR Baram komited membantu komuniti Baram memahami dan melaksanakan hak mereka terhadap tanah dan persempadanan.

    "Baram sepatutnya dibangunkan berdasarkan kepercayaan, pentadbiran yang baik, sistem nilai, persempadanan komunal dan pemilikan tanah yang dipersetujui oleh nenek moyang kita," katanya.-Sarawakiana










    Subjects:

  • No Comment to " PKR Mungkin Turunkan Kembali Calon Pernah Kalah "