• PKR Dijangka Turunkan Calon Kitar Semula Di Parlimen Santubong

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Setiap kali pilihan raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama di Sarawak akan menurunkan calon kitar semula.

    Adakah keadaan seperti ini membayangkan PKR tidak mempunyai individu berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon.

    Jika sebelum ini nama Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor disebut-sebut sebagai calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya, berbeza pula dengan Parlimen Santubong dimana tindak tanduk wakil pembangkang tidak kelihatan.

    Mungkinkah PKR menunggu hingga saat akhir untuk mengumumkan calon atau parti pembangkang itu akan sekali lagi menurunkan Zulrusdi Mohamad Hol yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PKR13).

    Pilihan raya tersebut menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menang dengan majoriti 20,936 undi.

    Majoriti undi tersebut juga meningkat berbanding hanya 11,945 undi pada pilihan raya sebelumnya.

    Turut bertanding pada pilihan raya tersebut ialah Affendi Jeman (Bebas) dan Mura Kadir (STAR).-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " PKR Dijangka Turunkan Calon Kitar Semula Di Parlimen Santubong "