• PETROS, Impian Abang Jo Jadi Realiti

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Sejak Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memegang jawatan sebagai menteri, satu demi satu perancangan plan strategik ekonomi negeri diumumkan. Ianya untuk menganjak ekonomi negeri bagi mencapai negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

    Abang Jo pernah mengumumkan bahawa Sarawak perlu mempunyai syarikat carigali minyak dan gas sendiri yakni Petroleum Sarawak (PETROS). Kini ia menjadi kenyataan apabila Abang Jo mengumumkan PETROS sudah memiliki ahli lembaga pengarah sendiri dan akan diumumkan nama mereka pada masa terdekat.

    Ini membuktikan usaha Abang Jo untuk mencipta peluang ekonomi mapan dan kompetitif untuk Sarawak. 

    Tertubuhnya PETROS memberi peluang kepada Sarawak untuk melatih tenaga kerja yang mahir yang terdiri daripada anak Sarawak sendiri.

    Kewujudan PETROS juga adalah atas dasar hubungan baik kerajaan negeri dan pusat di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak menghalang usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri. 

    Inilah toleransi sebenar dengan tidak menyekat peluang yang ada demi meningkatkan pendapatan negeri.

    Adalah satu tindakan yang tepat bagi Sarawak mencipta peluang ekonomi sendiri dalam industri hiliran dan malah tindakan tersebut lebih praktikal daripada hanya meminta royalti 20 peratus seperti yang sering dijadikan agenda politik oleh pihak-pihak tertentu. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PETROS, Impian Abang Jo Jadi Realiti "