• Petronas Raceline Malaysia akan keluar dari Moto2. Bagaimana nasib Hafizh Syahrin?

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Ini ada satu berita yang sedang berlegar di dalam dunia perlumbaan MotoGP. Menurut laporan daripada sebuah laman web sukan permotoran Jerman, Speedweek, pasukan Petronas Raceline Malaysia akan dibubarkan, seterusnya tidak lagi memberi saingan dalam perlumbaan Moto2 setelah lima tahun melalui pelumbanya, Hafizh Syahrin.

    Laporan ini juga menyatakan bahawa mungkin terdapat salah faham di antara pasukan Petronas Raceline, Petronas dan Barry Leong, iaitu orang yang membawa Hafizh Syahrin ke persada profesional. Selain itu, prestasi Hafizh yang kurang memberangsangkan pada tahun ini juga dikatakan menjadi antara penyebabnya. Untuk musim 2017 ini, Hafizh berada di kedudukan ke 13 dengan kutipan 50 mata.

    Walaupun pasukan Petronas Raceline akan dibubarkan, laporan itu turut menyatakan bahawa Hafizh mungkin masih boleh berlumba kerana akan diambil oleh pasukan SIC Racing Team, yang akan menggunakan khidmat beliau sebagai pelumba Moto2 dan jentera Kalex. Pada masa ini, pasukan SIC Racing Team mempunyai dua pelumba dalam kategori Moto3 iaitu Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki.

    Laporan ini ternyata mencetuskan pelbagai tanda tanya kerana Hafizh adalah seorang pelumba kebanggaan negara, namun setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat secara rasmi. Kami di sini berharap aksi Hafizh masih boleh dilihat pada musim hadapan. - Paultan

    Subjects:

  • No Comment to " Petronas Raceline Malaysia akan keluar dari Moto2. Bagaimana nasib Hafizh Syahrin? "