• Peserta Muslim Ratu Cantik UK Tukar Bikini Ke Kaftan

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    SETIAP pertandingan ratu cantik, pasti akan ada segmen setiap pesertanya perlu menggayakan bikini bagi mendapatkan markah untuk pertandingan tersebut.

    Namun begitu, seorang peserta Muslim bagi pertandingan Ratu Cantik Great Britain baru-baru ini dia telah memecahkan tradisi tersebut apabila tampil dengan pakaian yang lebih sopan bagi segmen itu iaitu dengan tampil menggayakan baju kaftan.

    Muna Jama terpaksa mengambil keputusan itu bagi menghormati agamanya yang menghalang wanita Muslim daripada mendedahkan aurat kepada bukan muhrimnya.

    Memetik Metro UK, Muna berkata, “Jika saya tidak akan memakai bikini ke pantai, saya tidak akan memakainya untuk pertandingan hanya untuk semata-mata untuk meraih mata sahaja.”

    Selepas perbincangan diadakan di antara pihak penganjur, akhirnya Muna dibenarkan untuk memakai pakaian tertutup bagi pertandingan itu.

    Dengan kebenaran itu, ia menjadikan Muna wanita pertama yang memakai baju kaftan bagi kategori acara bikini untuk pertandingan ratu cantik di seluruh dunia.

    Menerusi laman Instagramnya, Muna berkongsikan detik-detik bersejarahnya itu dengan menulis kapsyen, “Detik ini membuktikan bahawa saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahukan jika saya memberikan tumpuan dan keterbatasan hanyalah satu status yang menunggu untuk diubah. Saya berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya dan percaya dengan visi saya.” – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Peserta Muslim Ratu Cantik UK Tukar Bikini Ke Kaftan "