• Pesakit Terkejut, Cicak Hidup Masuk Ke Dalam Telinga

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    SEORANG pesakit terkejut dan tidak sangka, seekor cicak hidup telah dikeluarkan dari telinganya. Cicak itu masuk ke dalam telinganya ketika dia sedang tidur.

    Lelaki itu, dari Guangzhou, hanya menyedari ada benda masuk ke telinganya apabila mendapati telinganya berasa sakit.

    Dia dapat merasakan ada benda bergerak dalam kepalanya namun dia menyangka itu adalah lipas.

    Lelaki yang berusia 30 tahun itu kemudiannya menemui doktor Tu Bo dan keadaannya itu mengejutkan doktor terbabit, yang kemudiannya berjaya mengeluarkan cicak itu dengan penyepit.

    “Cicak itu mengadap ke dalam dan apabila saya menyentuhnya, ia tiba-tiba bergerak.

    “Saya terpaksa menggunakan bius untuk menenangkan cicak berkenaan sebelum menariknya keluar dengan berhati-hati,” katanya.

    Doktor Hu mengakui sepanjang kariernya, beliau tidak pernah berdepan dengan kes seumpama itu.Jelasnya jika ada orang lain yang mengalami keadaan sama, mereka perlu bertenang.

    “Titiskan minyak sayur ke dalam telinga untuk menenangkan serangga itu sebelum ke hospital secepat mungkin,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pesakit Terkejut, Cicak Hidup Masuk Ke Dalam Telinga "