• Pesakit Dapat Ubat Alternatif

    Published: Saturday, 19 August 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengakui kekurangan bekalan bagi beberapa jenis ubat di hospital kerajaan sejak kebelakangan ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masalah bekalan itu akibat isu pengilangan yang dihadapi syarikat pengeluar.

    Selain itu, katanya, berlaku peningkatan bilangan pesakit di hospital kerajaan pada tahun ini.

    "Bagi memastikan bekalan ubat mencukupi, kementerian melakukan pemantauan secara dekat serta mengenal pasti sumber bekalan alternatif bagi ubat yang terbabit.

    "Peruntukan kewangan tambahan bagi pembelian ubat itu juga sudah diagihkan kepada hospital untuk memastikan bekalan ubat kepada pesakit mencukupi dan tidak membebankan pesakit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi memberi maklum balas berhubung artikel yang disiarkan portal berita mengenai kekurangan ubat di hospital kerajaan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pesakit Dapat Ubat Alternatif "