• Persidangan pertama Asean Lanjuti Usia Cara Sihat

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Persidangan pertama Asean tentang Melanjuti Usia Cara Sihat dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak pada 10 hingga 12 Oktober depan.

    Dengan tema ‘Cabaran, Kejayaan dan Perjalanan di Hadapan’, persidangan itu bertujuan menambah baik dasar dan kualiti kehidupan penduduk lanjut usia di rantau ini.

    Dianjurkan oleh Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) dengan kerjasama Biro Konvensyen Sarawak, persidangan itu akan menyaksikan barisan pakar-pakar antarabangsa bercakap dan membincang amalan terbaik dalam arena melanjuti usia cara sihat serta pengurusan usia lanjut secara praktikal.

    MHAS, dalam kenyataan malam ini berkata persidangan tiga hari itu meliputi sidang pleno, bengkel, forum dan simposium. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Persidangan pertama Asean Lanjuti Usia Cara Sihat "