• Perenang Kelahirkan Sarawak Sasar 2 Emas Sukan SEA Ke-29

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Dua emas menjadi sasaran awal atlet renang negara Welson Sim apabila turun beraksi pada edisi ke-29 Sukan SEA di Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu lagi.

    Atlet berusia 20 tahun itu dijadual beraksi dalam acara 200, 400 dan 1,500 meter gaya bebas.

    “Walaupun menyertai tiga acara individu, saya meletakkan sasaran dua emas. Acara 1,500m adalah bonus jika mampu muncul juara,” jelasnya pada sidang media program Kita Juara, semalam.

    Welson antara sandaran utama negara dalam merealisasikan emas skuad renang yang menampilkan 12 lelaki dan 11 wanita.

    Jurulatih negara Paul Birmingham menjelaskan saingan di pentas Asia Tenggara sangat kompetitif dengan kehadiran atlet bertaraf antarabangsa.

    Singapura menyenaraikan pemenang emas Olimpik Rio, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen dengan kedua-dua meraih 10 emas keseluruhan.

    Perenang wanita Vietnam Nguyen Thi Anh Vien yang meraih lapan emas Sukan SEA 2015 dilaporkan akan menyertai 10 hingga 12 acara di Kuala Lumpur.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Perenang Kelahirkan Sarawak Sasar 2 Emas Sukan SEA Ke-29 "