• Penyeragaman Harga Di Sarawak Sudah Dilaksanakan

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+
    Jika di bandingkan manifesto pembangkang yang dinamakan buku jingga dengan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), ternyata BN telah melaksanakan beberapa manifesto tersebut di Sarawak. Manakala manifesto buku jingga pembangkang tidak kedengaran dilaksanakan di negeri-negeri yang di kuasai pembangkang.

    Manifesto pertama yang dilakukan oleh BN adalah penyeragaman harga barang melalui subsidi yang diperuntukkan agar harga barang di antara bandar dan luar bandar seragam. Antara kawasan yang terlibat adalah kawasan Miri, Limbang, Lawas, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kapit dan Sarikei.

    Pelaksanaan tersebut adalah melalui pelantikan 117 syarikat transporter yang diamanah akan menghantar barang tersebut dalam keadaan yang baik serta menepati masa. Dengan mensubsidi pengangkutan, maka kos penghantaran barang tersebut dapat diseragamkan.

    Antara barang yang yang disenarai adalah barang keperluan keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, gas memasak (LPG), petrol RON95 dan diesel adalah pada harga sama seperti di kawasan bandar.

    Kerajaan menanggung kos pengangkutan Program Penyeragaman Harga agar harga barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, gas memasak (LPG), petrol RON95 dan diesel adalah pada harga sama seperti di kawasan bandar. Untuk Sarawak sahaja sejumlah RM67 juta diperuntukan untuk tujuan tersebut.

    Inilah manifesto yang telah dilaksakan oleh kerajaan BN untuk membantu rakyat luar bandar agar harga barang yang sama seperti di bandar. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Penyeragaman Harga Di Sarawak Sudah Dilaksanakan "