• Penyampai Berita Ketakutan Dengan Lipas

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Seorang penyampai berita, Mary Beth McDade menjerit ketakutan selepas seekor lipas terbang dan hinggap di dadanya, ketika dia sedang bersiaran secara langsung untuk KLTLA di Los Angeles.

    Lipas itu kemudiannya mula merangkak naik ke dadanya dan cuba hinggap di rantai leher Mary Beth.

    Kru televisyen cuba membantu namun disebabkan lipas itu hinggap di dadah Mary Beth maka mereka agak keberatan.

    Mereka juga ketawa melihat gelagat Mary Beth yang ketakutan. Selepas lipas itu berjaya dibuang, Mary Beth menyambung semula siaran langsung berkenaan seperti tiada apa –apa yang berlaku.

    Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh rakan sekerjanya Marcus Wilson-Smith ke media sosial dan dijadikan sebagai bahan lawak oleh rakan sekerjanya yang lain. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Penyampai Berita Ketakutan Dengan Lipas "