• Penjual Telur Penyu Haram Ditahan Di Bandar Sandakan

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+


    SANDAKAN – Enam penjual telur penyu secara haram di Bandar Sandakan ditahan dalam satu operasi bersepadu pada Isnin lepas.

    Operasi yang bermula kira-kira 11.30 pagi di Jalan Prayer itu membabitkan Jabatan Hidupan Liar, Pasukan Polis Marin dan Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan.

    Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin hari ini berkata lebih 300 biji telur penyu dirampas dalam operasi itu,

    Katanya tiga daripada lelaki yang ditahan itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

    Tiga lagi akan dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemeliharaan HIdupan Liar 1997 kerana memiliki hasil haiwan yang dilindungi sepenuhnya, katanya di sini.

    Beliau berkata operasi itu bertujuan membanteras aktiviti penjualan telur penyu di daerah ini khususnya di kawasan Bandar Sandakan.

    Katanya menerusi tindakan penguatkuasaan itu, ia akan dapat mendidik masyarakat bahawa perbuatan menjual telur penyu adalah satu kesalahan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Penjual Telur Penyu Haram Ditahan Di Bandar Sandakan "