• Penggambaran Mission: Impossible 6 Ditangguh

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    LOS ANGELES: Penggambaran filem 'Mission: Impossible 6' terpaksa dihentikan apabila pelakon utamanya, Tom Cruise, patah buku lali ketika melakonkan aksi ngeri.

    Pengarahnya, Christopher McQuarrie, bagaimanapun menegaskan tidak akan melewatkan tarikh tayangan.

    Cruise yang dikenali suka melakukan aksi lagak ngeri sendiri, cedera selepas melompat antara bangunan dengan dipasang kabel pada tubuh sebelum menghentam tembok konkrit.

    McQuarrie menggunakan media sosial menghilangkan kebimbangan tayangan filem itu yang dirancang pada 27 Julai 2018 akan ditangguhkan.

    "Terima kasih atas sokongan dan perhatian. Tom semakin pulih dan MI6 akan tetap ditayangkan pada 27.7.2018," katanya dalam entri Twitter selepas melawat pelakon berusia 55 tahun itu.

    McQuarrie yang pernah mengarahkan Cruise dalam 'Mission: Impossible 5' pada 2015 dan 'Jack Reacher' pada 2012, menyiarkan pautan dengan artikel dalam majalah filem Britain, Empire dan berkata pelakonnya dalam keadaan amat bersemangat. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Penggambaran Mission: Impossible 6 Ditangguh "