• Pengecualian Audit Untuk Syarikat Swasta Tertentu

    Published: Saturday, 19 August 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR – Akta Syarikat 2016, yang berkuatkuasa pada 31 jan 2017, memerlukan semua syarikat untuk menyediakan audit ke atas penyata kewangan mereka sebelum melaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    SSM dalam satu kenyataan hari ini, berkata bagaimanapun, di bawah Seksyen 267(2) akta tersebut, Pendaftar Syarikat boleh mengecualikan beberapa kategori tertentu dalam syarikat-syarikat swasta daripada keperluan untuk melantik juruaudit dan mengenakan syarat-syarat itu dengan sewajarnya

    “Sehingga 4 Ogos 2017, SSM telah mengeluarkan Langkah Direktif No. 3/2017, yang memberi penekanan bahawa syarikat swasta yang tidak aktif dan tiada pendapatan adalah layak untuk menerima pengecualian audit,” katanya.

    SSM berkata sebuah syarikat dorman layak untuk pengecualian jika ia tidak pernah beroperasi sejak dari tarikh penubuhannya atau sudah tidak aktif bagi sepanjang tahun kewangan semasa dan tahun kewangan sebelumnya.

    “Sebuah syarikat dengan pendapatan sifar adalah layak bagi pengecualian audit jika ia tidak mempunyai sebarang pendapatan pada tahun kewangan semasa atau dua tahun kewangan sebelum ini dan jumlah aset dalam Penyata Kedudukan Kewangan semasa tidak melebihi RM300, 000,” katanya.

    Katanya, sesebuah syarikat yang yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM100,000 bagi tahun kewangan semasa dan sejak dua tahun kewangan sebelum ini atau jumlah aset dalam kedudukan kewangan semasa tidak melebihi RM300,000 pada dua tahun kewangan serta memiliki tidak lebih lima pekerja pada tahun kewangan semasa atau dua tahun sebelumnya, turut layak mendapat pengecualian.

    “Perusahaan kecil dan sederhana telah dikecualikan daripada audit mandatori di banyak negara seperti Singapura, United Kingdom, Hong Kong, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya. -BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pengecualian Audit Untuk Syarikat Swasta Tertentu "