• Pengangkutan Awam: Sistem Pembayaran Tanpa Tunai

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) dilaksanakan sepenuhnya oleh semua perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2019.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia akan memudahkan warga kota melakukan perjalanan di sekitar Lembah Klang.

    “Ia dijangka dilaksanakan sepenuhnya di perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, KTM Komuter dan bas dalam bandar,” katanya ketika menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Mohamad Zulkifly ingin tahu perancangan kementerian untuk memastikan pembangunan projek pengangkutan awam dapat menawarkan perkhidmatan lancar dan mampu dibayar pengguna.

    Liow berkata setakat ini kira-kira 300 bas perantara disediakan di semua stesen MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sejak sistem pengangkutan itu beroperasi sepenuhnya 17 Julai lalu.

    “Bas perantara itu mula beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 11.30 malam yang dikendalikan Rapid KL bagi memudahkan pengguna MRT berulang-alik di kawasan lima kilometer sekitar stesen-stesen itu,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pengangkutan Awam: Sistem Pembayaran Tanpa Tunai "