• Pengacara digantung kerja sebar imej lucah

    Published: Sunday, 6 August 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Seorang pengacara rangkaian Fox News Amerika Syarikat (AS) digantung kerja sementara siasatan dijalankan kerana didakwa menghantar imej lucah kepada rakan sekerja, kata syarikat itu.

    Ia adalah kes gangguan seks terbaharu membabitkan kakitangan Fox News, saluran berita televisyen yang paling tinggi tontonan di Amerika dan amat digemari dalam kalangan konservatif di negara itu.

    "Eric Bolling digantung menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan, ketika ini," kata jurucakap Fox News dalam satu kenyataan.

    Penggantungan itu dilakukan susulan satu laporan HuffPost, kelmarin yang mendakwa Bolling menghantar satu gambar kemaluan lelaki kepada dua rakan sekerja wanitanya di Fox Business dan Fox News.

    Laporan itu memetik beberapa sumber tidak dinyatakan dan bukan dari Fox News atau Fox Business sebagai berkata, mesej itu dihantar beberapa tahun lalu, pada tarikh berbeza.

    Difahamkan, Bolling sudah bekerja di rangkaian itu selama tujuh tahun. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pengacara digantung kerja sebar imej lucah "