• Penarik Kereta Dituduh Perkosa 2 Guru Taska

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    AMPANG: Dua rakan didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan, di sini semalam atas pertuduhan melakukan rompak bersenjata, rogol dan persetubuhan luar tabii terhadap dua guru taska, bulan lalu.

    Erza Iwan Ni @ Nirman, 34, dan Aza Nizam Abd Razak, 40, masing-masing bekerja sebagai penarik kereta mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Syafeera Mohd Said.

    Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap dua mangsa berusia 20 tahun sembilan bulan dan 18 tahun sembilan bulan dengan menggunakan senjata iaitu sebilah pisau dan merampas harta dalam kawalan iaitu telefon bimbit, sebuah televisyen, bateri telefon bimbit dan wang tunai RM300 yang semuanya berjumlah RM1,320.

    Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik tidur di tingkat satu sebuah taska di Pandan Indah, di sini, pada 4.30 pagi, 14 Julai lalu.

    Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Selain itu, mereka turut didakwa merogol kedua-dua mangsa di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Erza Iwan turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang berusia 20 tahun sembilan bulan tanpa kerelaannya di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penarik Kereta Dituduh Perkosa 2 Guru Taska "