• Pembunuh Bersiri Bangga Kerana Masih Hidup

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+


    KURANG AJAR…Seorang pembunuh upahan yang telah merogol dan membakar salah seorang mangsanya, bertepuk tangan dan ketawa sambil menjerit `sekurang-kurangnya aku masih hidup’ ketika dia dijatuhkan hukuman penjara 71 tahun.

    Cameron Wilson, 20, langsung tidak menunjukkan rasa menyesal ketika hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah di Afrika Selatan.

    Malah sebelum Hakim Chantel Fortuin menjatuhkan hukuman atas 13 tuduhan itu, dia kelihatan tersenyum dan ketawa.

    Hukuman itu dijatuhkan selepas dia didapati bersalah membunuh Toyher Stober, Stacey Lee Mohale, Lekita Moore dan merogol Dawney David.

    Salah seorang mangsanya, Stacey Lee Mohale, yang berusia 16 tahun ketika itu, telah dirogol, dipukul dengan batu dan dibakar hingga meninggal dunia.

    Saudara mara mangsa yang turut berada di mahkamah, telah menjerit mengecam perangai Wilson itu.

    “Mereput la kau di penjara,’’ demikian jeritan mereka.

    Sementara bapa Stacey pula iaitu Moore berkata, setiap malam dia menangis mengenangkan penderitaan yang dialami anaknya itu sebelum dibunuh.

    “Anak saya tidak akan pulang lagi. Lelaki itu telah merampasnya dan dia mesti rasai apa yang kami rasakan. Dia pembunuh upahan,’’ kata Moore. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pembunuh Bersiri Bangga Kerana Masih Hidup "