• Peluru berpandu Korea Utara lepasi Jepun

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    SEOUL: Korea Utara membedil peluru berpandu balistik melepasi Jepun, kata tentera Korea Selatan dan Jepun, dalam peningkatan besar Pyongyang di tengah ketegangan berhubung program senjatanya.

    Ia jatuh ke dalam Lautan Pasifik di pesisir Hokkaido, kata Tokyo.

    Tiada peluru berpandu rejim itu terbang melepasi Jepun selama beberapa tahun dan pelancaran dilakukan selepas tempoh tegang di rantau itu susulan ujian dua peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) bulan lalu yang boleh mencecah Amerika Syarikat (AS).

    Korea Utara mengancam menembak peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam, manakala Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran keras Pyongyang berdepan api kemarahan dan menegaskan senjata Washington sudah bersedia.

    Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melaksanakan sekatan ketujuh ke atas Korea Utara, mengetatkan halangan ke atas eksport dan pelaburan di negara itu.

    Ketegangan semakin mengendur baru-baru ini tetapi Ketua Turus Staf Korea Selatan dalam kenyataan berkata, pelancaran peluru berpandu hari ini pada jam 5.50 pagi waktu tempatan dari Sunan berhampiran Pyongyang, dan terbang ke timur dan melepasi Jepun.

    Ia terbang kira-kira 2,700 kilometer pada ketinggian maksimum 550 kilometer, katanya, menambah Korea Selatan dan AS menganalisis rapi bagi mendapatkan maklumat lanjut. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Peluru berpandu Korea Utara lepasi Jepun "