• Pelancong China Buat 'Hail Hitler' Ditahan Polis Jerman

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    BERLIN - JERMAN. Dua lelaki warga China akhirnya tahu tabik Nazi 'Heil Hitler' bukannya satu bahan lawak, terutamanya di Jerman, semalam.

    Menurut laporan Telegraph, kedua-dua pelancong berusia 36 dan 49 tahun berkenaan membuat tabik Nazi sambil ketawa dan mengambil gambar di bangunan ikonik Reichstag, Berlin.

    Anggota polis yang mengawal bangunan tersebut menahan kedua-dua lelaki dan dibawa ke balai polis.

    Kedua-duanya diikat jamin sebanyak 500 euro (RM2,523) selepas disoal siasat.

    Kedua-dua lelaki berkenaan menghadapi dakwaan mengunakan simbol anti-perlembagaan yang diharamkan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda.

    Jurucakap polis mengatakan kedua-dua tertuduh juga boleh meninggalkan Jerman selepas membayar denda.

    Sementara itu, kejadian berkenaan dikecam pelayar di laman sosial China, Weibo.

    "Memalukan rakyat sendiri. Ramai sangat manusia otak rosak tak tahu apa Hitler dan Nazi dah lakukan (kepada masyarakat dunia)," kata seorang pelayar Weibo. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Pelancong China Buat 'Hail Hitler' Ditahan Polis Jerman "