• Pelaksanaan Projek Pan Borneo Dipantau Rapi - Fadillah

    Published: Monday, 14 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Bagi memastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo siap mengikut jadual dan bajet yang telah ditetapkan, Kementerian Kerja Raya akan memantau rapi pelaksanaannya, demikian kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    "Secara keseluruhan, setakat ini pelaksanaan projek berkenaan mendahului jadual kecuali dua pakej yang mengalami sedikit kelewatan iaitu di bulatan Serian ke persimpangan Pantu serta Batu 5-jejambat Nyabai dan persimpangan Bakun-Sungai Tangap," kata beliau.

    "Hanya dua projek agak lewat kerana mungkin disebabkan masalah tanah atau sebagainya namun ia tidak begitu teruk, cuma dalam satu peratus sahaja," tambah beliau lagi.

    Menurut Fadillah, Kementerian Kerja Raya memantau rapi semua projek di bawah kementerian dan berharap agar projek-projek yang lewat dapat disiapkan mengikut jadual.

    Tambahnya, terdapat beberapa projek lain di bawah kementeriannya yang didapati lewat disiapkan mengikut jadual.

    "Antara yang telah dikenakan penalti ialah Projek Jambatan Sungai Rimbas di Puasa dimana kontraktor bertanggungjawab dikejendaki menyiapkan dengan kadar segera," tegasnya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Bagi Program Kemudahan Pembiayaan Kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo di sini, semalam.

    "Projek ini memang sedikit lewat, kami sedang memantau dan diharapkan ia dapat disiapkan dalam tahun ini," ujar beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pelaksanaan Projek Pan Borneo Dipantau Rapi - Fadillah "