• Pelakon Sharifah Aleysha Sah Bergelar Isteri

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    TAHNIAH diucapkan buat pelakon filem Muallaf Syarifah Aleysha yang sah bergelar isteri kepada Ali Al-Asri Adenan, semalam.

    Pasangan itu diijabkabulkan di Masjid AlMukarammah, Bandar Sri Damansara tepat jam 11.15 pagi semalam.

    Aleysha, 24, merupakan adik kepada pelakon Sharifah Amani dan Sharifah Aleya.

    Ibu Aleysha, Fatimah Abu Bakar bersyukur majlis anaknya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

    “Alhamdulilah, majlis pernikahan anak ketiga berjalan dengan lancar. Saya dan suami, Syed Zainal Rashid Alyahya kini menyerahkan tanggungjawab menjaga Leysha kepada Ali.

    “Kami semua gembira dengan pernikahan mereka. Semestinya sebagai ibu, saya sedih terpaksa melepaskan anak kesayangan untuk bersama suaminya. Syukur kerana Ali sudah secara rasmi menjadi sebahagian daripada keluarga kami,” katanya memetik BH Online.

    Majlis tersebut dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai.

    Sharifah Amani bagaimanapun tidak dapat turut serta dalam majlis pernikahan adiknya itu kerana terikat dengan komitmen kerja di Itali. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pelakon Sharifah Aleysha Sah Bergelar Isteri "