• Pelajar Cedera Terjatuh Dari Bukit Broga

    Published: Monday, 14 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) terselamat selepas dia terjatuh ketika turun dari puncak pertama Bukit Broga, Semenyih dekat sini pagi tadi.

    Kejadian dipercayai pukul 11.45 itu mengakibatkan mangsa, Umi Kalthum Abdul Wahab, 23, terseliuh di pergelangan kedua-dua kakinya akibat terjatuh sewaktu menuruni puncak pertama bukit tersebut bersama 14 lagi rakannya.

    Penolong Penga­rah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.07 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

    “Pihak bomba telah memasang kayu kepada kaki mangsa dan membawanya menggunakan pengusung. Setibanya di kaki bukit, mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk menerima rawatan selanjutnya di Hospital Kajang.

    “Operasi menurunkan mangsa melibatkan tujuh orang anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Cedera Terjatuh Dari Bukit Broga "