• Pegawai Pemasaran Maut Kereta Dodok Kren Penunda

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    KUANTAN: Seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di bandar ini, meninggal dunia selepas Proton Iswara dipandu merempuh kren penunda di Kilometer 207, Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan Kuantan, dekat Taman Pertanian di sini, kelmarin.

    Terdahulu, pada kejadian jam 4.35 pagi, kren penunda berkenaan sedang menunda kereta yang terbabit kemalangan.

    Akibat rempuhan, Leen Kim San, 59, dari Jalan Beserah, maut di lokasi akibat parah di kepala dan dada. Mayatnya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, terdahulu, mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Semambu dari Bukit Istana dipercayai tidak menyedari kren penunda sedang menunda kereta yang terbabit dalam kemalangan lain.

    “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

    “Pemandu kren penunda, Azmeer Marzuki yang berusia 23 tahun dari Sungai Karang selamat dan sudah membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Trafik Kuantan,” katanya.

    Menurutnya, siasatan awal mendapati, Azmeer ditugaskan untuk menunda kereta sebelum mangsa tiba-tiba merempuh kenderaan berkenaan berikutan keadaan jalan gelap.

    Katanya, pihaknya juga sudah mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pegawai Pemasaran Maut Kereta Dodok Kren Penunda "