• PBDSB Masih Berkira-Kira Sertai PH Sarawak

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen mendedahkan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) masih belum menyatakan pentunjuk sebenar menyertai gabungan parti pembangkang.

    Buat masa ini menurut Chong hanya Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah sebahagian daripada PH Sarawak manakala PBDSB masih belum menyatakan hasrat.

    "Ia (PBDSB) bukan sebahagian daripada PH Sarawak. Tiada petunjuk daripada mereka untuk menyertai kami di PH," kata Chong seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Sementara itu, Presiden PBDSB Cobbold John berkata, perjuangan parti tersebut buat masa ini adalah untuk berjuang dan menyatukan masyarakat Dayak.

    "Kami akan membuat keputusan dalam masa ditetapkan," ujarnya.

    Mengulas mengenai Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Chong berkata, parti tersebut bukan sebahagian daripada PH Sarawak.-Sarawakiana








    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Masih Berkira-Kira Sertai PH Sarawak "