• PBB Mampu Ulangi Kejayaan Menang 13 Kerusi

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    Tanpa sengketa dalaman parti, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilihat berada pada landasan terbaik untuk memenangi kesemua 13 kerusi parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Di bawah kepimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, parti ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk meraih kemenangan menentang mana-mana calon lawan.

    Kerusi tradisi PBB melibatkan Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Puncak Borneo, Batang Sadong, Batang Lupar, Tanjong Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti dan Limbang.

    Walaupun menang bersih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) difahamkan PBB tetap melakukan perubahan dengan menurunkan beberapa muka baharu sebagai calon.

    Sebelum ini, Abang Johari mengumumkan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Dr James Dawos Mamit dan Ahli Parlimen Betong Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan digantikan.

    Mungkin juga beberapa kawasan yang ditandingi PBB akan menyaksikan penampilan muka baharu.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Mampu Ulangi Kejayaan Menang 13 Kerusi "