• Pasukan Peguam Ke London Berjaya Temui Dokumen Baru MA63

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Rombongan pasukan undang-undang Sarawak ke London pada 16 Julai lalu membuahkan hasil apabila mereka berjaya menemui dokumen baru berkaitan penubuhan Malaysia pada 1963 (MA63) dari British National Achives.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata penemuan dokumen-dokumen tersebut sangat penting kerana ia ditulis oleh Kerajaan Britain kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) malah ada antaranya tidak pernah dilihat.

    "Tidak, kita tidak pernah melihat dokumen-dokumen ini sebelum ini. Banyak perkara yang tidak dapat diakses oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini.

    "Dokumen-dokumen itu nampaknya sangat baik. Ia seharusnya begitu kerana ia dokumen-dokumen yang penting," katanya

    Tambahnya Abang Johari lagi, dengan penemuan dokumen itu membuktikan wujudnya komunikasi antara Kerajaan United Kingdom dengan PBB sebelum penubuhan Malaysia pada 1963.

    “Perjanjian ini (MA63) bukan sekadar persetujuan, kita ingin mendapat fakta betul kerana kita mahu membuat tuntutan, kita mesti melakukan ‘homework’, jika tidak kita hanya tembak sembarangan,”

    “Apabila kita berunding, kita tidak membuat kenyataan yang liar,” ujarnya.

    Rombongan pasukan undang-undang yang diketuai oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bertujuan mendapatkan fakta yang betul sebelum menuntut hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian MA63.

    "Kita akan meneruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) untuk mendapatkan hak-hak kita (Sarawak) seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia," ujar Abang Johari lagi. - Sarawakiana

  • No Comment to " Pasukan Peguam Ke London Berjaya Temui Dokumen Baru MA63 "