• Pasukan Hoki Wanita Negara Pertahan Pingat Emas

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Wanita negara meraih pingat emas acara hoki wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) setelah mengalahkan Thailand 2-0 di Stadium Hoki Nasional, di sini malam tadi.

    Pasukan Malaysia juga mempertahankan pingat emas yang diperoleh pada edisi sebelum ini, dengan penuh bergaya tanpa dibolosi sebarang jaringan.

    Malaysia memperolehi jaringan menerusi Hanis Onn pada minit ke 46 , sebelum Nuraini Rashid menambah satu lagi jaringan seminit kemudian.

    Ketua Jurulatih Malaysia Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata walaupun pasukan negara mendominasi kejohanan dengan rekod tanpa kalah, keseluruhan 32 jaringan tanpa bolos, namun skuad itu dilihat masih berhadapan masalah ketajaman menjaringkan gol.

    “Ini yang merisaukan saya, kita sukar untuk jaringkan gol,” katanya.

    Beliau berkata skuad itu akan berehat selama dua minggu sebelum kembali menjalani latihan untuk persiapan ke Sukan Asia di Indonesia tahun hadapan.

    Terdahulu, acara hoki padang wanita itu menyaksikan pingat gangsa dimenangi oleh Singapura selepas menewaskan Indonesia 2-0. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pasukan Hoki Wanita Negara Pertahan Pingat Emas "