• Pasangan Kekasih Ditahan Positif Dadah

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Pasangan kekasih antara 15 penagih ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak dalam serbuan di empat lokasi berasingan sekitar Tanjung Malim, awal pagi hari ini.

    Dalam operasi bermula 5.30 petang semalam itu, semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 46 tahun.

    Pengarah AADK Perak Khairul Anwar Ahmad berkata, wanita berusia 22 dan teman lelakinya berusia 24 tahun ditahan di rumah ibu bapa wanita berkenaan di Slim River.

    Beliau berkata, kakak wanita berkenaan berusia 26 tahun turut ditahan namun dibebaskan selepas pemeriksaan air kencing mendapati negatif dadah.

    "Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Muallim. Hasil ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada 24 yang ditahan positif morfin dan syabu.

    "Wanita berusia 22 tahun dan teman lelakinya antara yang didapati positif morfin.

    "Semua penagih berulang ini akan direman di Mahkamah Slim River hari ini," katanya hari ini.

    Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya 5 pagi hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan Kekasih Ditahan Positif Dadah "