• Parlimen Lanang, Medan 'Pertelagahan' SUPP & UPP

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    SIBU: Perebutan kerusi antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) melibatkan Parlimen Lanang terus menjadi bualan hangat kerana masing-masing mahu meletakkan calon yang diyakini boleh menang.

    Dari sudut SUPP, parti tertua di Sarawak itu yakin kerusi parlimen tersebut akan diagihkan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang, Chieng Buong Toon berkata, ini kerana SUPP mempunyai rekod baik berkhidmat serta menyalurkan projek kecil kepada penduduk luar bandar mahupun kawasan bandar di konstituensi tersebut.

    "SUPP banyak membantu penduduk di kawasan Parlimen Lanang tidak kira di luar bandar mahupun bandar.

    "Kita telah lama turun padang sebelum ini dan hampir semua kawasan Lanang dilawati menerusi calon berpotensi SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang.

    "Tiada parti lain menunjukkan komitmen seperti SUPP ikhlas berkhidmat serta bersungguh-sungguh membantu menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

    Bagi UPP pula, parti tersebut hanya meletakkan nama yang dipercayai sebagai calon boleh menang Barisan Nasional (BN) di kedua-dua kerusi tersebut merangkumi Parlimen Sibu.

    "Pemilihan calon adalah bergantung kepada kepimpinan BN sama ada oleh Perdana Menteri atau Ketua Menteri. Kami hanya mengemukakan nama yang kami percaya adalah calon boleh menang," kata Setiausaha Agung UPP George Lo.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Lanang, Medan 'Pertelagahan' SUPP & UPP "