• Pakai Baju Melayu Tengok Final Bola Sepak

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Twit seorang netizen yang menyampaikan hajat untuk memakai baju Melayu semasa perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menjadi tumpuan di laman sosial, baru-baru ini.

    Menurut Mohd Khairul Nizam Ariffin, dia sudah menyimpan hasrat itu ketika perlawanan separuh akhir membabitkan Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam, hujung minggu lalu.

    Khairul berkata dengan menyarung persalinan kebangsaan itu, ia secara tidak langsung dapat mempromosikan budaya Malaysia kepada penyokong di rantau Asia Tenggara selain menjadi simbolik kepada perjuangan pemain bola sepak yang akan beraksi pada malam ini.

    “Tambahan pula, perlawanan akhir itu juga hampir dengan tarikh kemerdekaan 31 Ogos dan Aidiladha. Memang sesuai untuk saya mengenakan persalinan ini meskipun nampak seperti tidak kena untuk menyaksikan perlawanan dengan pakaian sebegitu,” katanya memetik BH Online.

    Twit yang ditulis Khairul itu setakat ini mendapat lebih dari 19,000 retweet dan 11,180 likes daripada netizen Twitter.

    Pasukan Harimau Muda yang berada di bawah bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee bakal berhadapan Thailand dalam penentuan pingat emas bagi acara sukan yang digelar ibu segala pingat itu. 

    Perlawanan final berlangsung hari ini di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pakai Baju Melayu Tengok Final Bola Sepak "