• Padah Tunjuk 'Hero' Di Travillion, Lelaki Mabuk Cedera Di Kepala

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+


    KUCHING: Seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas cuba berlagak ‘hero’ di kawasan Travillion, Padungan dekat sini awal pagi semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, suspek yang dalam keadaan mabuk tersebut difahamkan telah mencabar pelanggan yang berada di kelab malam tersebut dengan mengeluarkan senjata tajam sekitar jam 3.30 pagi.

    Tiga lelaki lain cuba menenangkan suspek turut mengalami kecederaan hingga menyebabkan mereka bertindak agresif.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya kini menahan suspek terbabit dan akan mendapatkan permohonan reman hari ini bagi menjalani siasatan lanjut.

    “Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan berlaku adalah disebabkan suspek yang dipercayai mabuk mengeluarkan senjata tajam di luar kelab malam tesebut mengajak bergaduh” katanya.

    Jelas Abang Ahmad empat lelaki termasuk suspe berusia lingkungan 18 hingga 31 tahun telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Padah Tunjuk 'Hero' Di Travillion, Lelaki Mabuk Cedera Di Kepala "