• Obses Dengan Suami Orang, Didakwa Di Mahkamah

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    Kerana terlalu obses dengan suami orang, seorang anggota polis wanita telah menggodam akaun Facebook lelaki berkenaan semata-mata kerana mahu menghancurkan perkahwinannya.

    Ashley Boyd, 26, menaruh hati terhadap Kevin O’Connor ketika mereka mula-mula bertemu pada 2013.

    Namun selepas gagal memilikinya, dia mula mengintip kehidupan Kevin dan menyamar sebagai lelaki itu untuk menghantar mesej maki hamun kepada isteri Kevin iaitu Rhona.

    Ashley juga telah menukar status hubungan dalam Facebook Kevin kepada bujang dan dia turut memberitahu rakan Facebook Kevin kononnya perkahwinan lelaki itu berantakan.

    Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan ke atas Ashley di Mahkamah Glasgow, selepas dia didakwa menyebabkan pasangan Kevin dan Rhona ketakutan.

    Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Ashley berada di gim yang sama dengan Kevin dan turut memberitahu rakan-rakannya bahawa dia memuja lelaki tersebut.

    Namun pada Jun 2016, ketika Kevin dan Rhona bercuti, barulah pasangan itu mengetahui mengenai niat buruk Ashley selepas kakak Kevin memberitahu mengenai status Kevin dalam Facebook yang bertukar kepada bujang.

    Kevin kemudiannya memeriksa emelnya dan mendapati ia telah digodam.

    Manakala keterangan daripada dua rakannya kononnya perkahwinan Kevin kini berantakan telah menyebabkan Kevin meminta bantuan untuk mengesan penggodam terbabit.

    Selepas itu barulah mereka mengetahui ia adalah hasil perbuatan Ashley. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Obses Dengan Suami Orang, Didakwa Di Mahkamah "