• Nike Bakal Taja Panel Iklan Kelab JDT

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Syarikat jenama antarabangsa Nike akan bekerjasama dengan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghiaskan stadium Larkin dan Stadium baharu JDT.

    Laman Facebook rasmi JDT berkata, kerjasama tersebut termasuk dalam aspek panel-panel iklan jenama Nike dan JDT.

    “Ini sekali gus menjadikan JDT satu-satunya kelab dalam negara yang bukan saja menerima tajaan jersi, tetapi juga penajaan dari segi dekorasi stadium dan pusat latihan JDT,” kata laman Facebook berkenaan hari ini.

    Laman Facebook rasmi JDT turut memaklumkan, beberapa syarikat luar negara lain telah menyatakan minat untuk menaja pasukan itu pada masa depan.

    Menurut kenyataan itu, ia termasuk sebuah syarikat jam tangan terkemuka jenama antarabangsa satu lagi penaja global yang turut berminat untuk bekerjasama dengan JDT.

    “Ia masih dalam proses perbincangan ketika ini dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

    “Keinginan syarikat-syarikat global dan antarabangsa ini bekerjasama merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat JDT dan telah meletakkan kelab ini berada di kelasnya tersendiri,” kata laman Facebook tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Nike Bakal Taja Panel Iklan Kelab JDT "