• Netizen Sanggup 'Ditembak' Polis Jelita

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    SHAH ALAM - Seorang anggota polis wanita mencuri tumpuan pengguna media sosial Facebook ketika bertugas mengawal keselamatan sempena Sukan Sea 2017 di sekitar Kuala Lumpur.

    Kebanyakan netizen memuji kejelitaan wanita berkenaan keranan tidak menyangka dalam Polis Diraja Malaysia mempunyai anggota yang cantik.

    Gambar tersebut pada awalnya dimuat naik dalam laporan sebuah agensi media yang melaporkan tentang kawalan keselamatan ketika Sukan Sea membuka tirainya 14 Ogos lalu.

    Gambar berkenaan kemudiannya tular sehingga ada dalam kalangan pengguna Facebook membuat carian untuk mengetahui lebih lanjut identiti anggota polis berkenaan.

    Hasilnya beberapa keping gambar telah diambil dari album individu berkenaan dan dikongsikan dalam media sosial tersebut. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Netizen Sanggup 'Ditembak' Polis Jelita "