• Netizen Puji Pemuda Pasang Tanda Arah

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    SIBU : Gambar yang menunjukkan seorang pemuda memasang tanda arah laluan ke bandar Sibu dan pekan Song telah menjadi viral di laman facebook.

    Pemuda yang tidak diketahui nama, sedang memasang papan tanda arah menuju Kapit dan Song telah mendapat 303 like dalam masa lima minit di laman facebook anak-anak Kapit.

    Menerusi komen netizen, semuanya memuji tindakan pemuda tersebut memasang papan tanda arah.

    Menurut netizen, mereka sering sesat memalui jalan tersebut dan seringkali terlanjur memandu sehingga mengambil beberapa kilometer untuk berpatah balik.

    Dengan usaha murni pemuda tersebut, netizen mengucap jutaan terima kasih dan tidak akan mengalami situasi sesat lagi selepas ini.

    Difahamkan gambar pemuda tersebut dirakam kandid oleh netizen yang melalui jalan Sibu ke Kapit. - Sarawakiana
  • No Comment to " Netizen Puji Pemuda Pasang Tanda Arah "