• Netizen Desak Claire Brown Jangan Kaitkan Nama Sarawak

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+
    Mengenai isu saman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Claire Rewcastle Brown di mahkamah London berkaitan tuduhan Claire bahawa Hadi menerima rasuah RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib membuka mata dunia untuk tidak melepas peluang mengikuti kes berkenaan.

    Mahkamah London mengesahkan artikel yang ditulis oleh Claire dalam portal Sarawak Report tidak mempunyai bukti asas dan berbohong. Namun hasil penulisan tersebut menjejas nama Sarawak di mata dunia.

    Melalui komen netizen di Sarawak, memang ada yang menyokong Claire tetapi yang tidak menyokong pula merasakan Claire tidak sepatutnya menamakan portal tersebut sebagai Sarawak Report. 

    Jika Sarawak Report menulis tentang kebaikan negeri ini dan mempromosikan Sarawak sebagai detinasi pelancongan tidak mengapa.

    Netizen meluahkan ada baiknya Claire tidak menggunakan nama Sarawak pada portal mereka. Claire pada asasnya telah memalukan Sarawak dan lebih baik Claire buang nama Sarawak pada portal yang terbukti mengaibkan nama negeri ini di mata dunia.

    Subjects:

  • No Comment to " Netizen Desak Claire Brown Jangan Kaitkan Nama Sarawak "