• Negara Berdepan Ancaman Maklumat Tidak Betul

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    Negara kini berhadapan dengan ancaman maklumat yang tidak betul, yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan negara.

    Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, masyarakat, terutama golongan muda, perlu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

    “Maklumat yang tidak betul jika disebarkan kepada umum hanya akan mengelirukan orang awam.

    “Mereka yang melakukan ini hanyalah bertujuan untuk mencari pengaruh supaya orang membenci sesuatu pihak, yang akhirnya boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara,” katanya.

    Beliau berkata jika ancaman maklumat ini tidak ditangani, dikhuatiri pihak yang terpengaruh, boleh melakukan sesuatu yang huru-hara.

    Musa berkata pemimpin dan golongan dewasa perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul kepada generasi muda. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Negara Berdepan Ancaman Maklumat Tidak Betul "